Kamis, 31 Mei 2018

Tuan Singa Suka Aku?

Penulis : Sru Roz

Bahasa  : Melayu

Sara
h!!” jerit Faiz dari kamar.
“Ye tuan…” sahut Sarah sambil terkocoh-kocoh menuju ke kamar tuannya yang garang macam singa.
“Kau buat apa dengan baju aku ni hah?!” jerkah Faiz sebaik sahaja kelibat Sarah muncul dikamarnya. Habis bajunya bertompok-tompok warna putih. Pasti berendam dengan clorox.
Aduh! Mati aku. Tulah kau, Sarah. Bergayut sakan dengan Fatin. Sampai kau lupa yang kau letak clorox dalam mesin basuh. Yang tangan ni gatal-gatal terus sumbat baju tuan singa ni kenapa? Dalam tak sedar, Sarah mengetuk kepalanya sendiri.
“Ha, dah tau salah. Pandai pulak nak ketuk kepala? Kau ingat baju aku ni baju dekat pasar malam macam kau tu ke? Lima helai sepuluh ringgit...” kata Faiz yang masih bernada tinggi. Dia kenal sangat dengan sikap Sarah. Jika Sarah membuat kesalahan, pasti kepalanya yang akan jadi mangsa.
“Err...errr... Maafkan saya tuan singa . Eh! Tuan....” terlepas ‘tuan singa’ la
pulak. Mampus kau, Sarah!
“ Tuan singa kau panggil aku?!” jerkah Faiz. Ini dah melebih ni. Suka-suka panggil aku tuan singa ?
“Dah tuan garang sangat macam singa. Saya panggillah tuan, tuan singa ..” balas Sarah selamba.
“Amboi, dah berani menjawab pulak ! Ni siapa yang nak ganti baju aku ni? Gaji kau pun belum cukup nak ganti balik baju mahal aku ni. Kau nak aku pecat kau ke?” soal Faiz sambil merenung tajam wajah Sarah.
Erk! Pecat? Sarah pantas menggelengkan kepala. Kalau dia pecat aku, aku nak kerja mana? Dahlah susah nak cari kerja sekarang. Dengan kelulusan setakat 5C 4D, kerja apa yang aku boleh
mintak. Amboi, kurang bijaknya kau ni Sarah. Teruk benar keputusan SPM kau? Soalnya sendiri.
“Tu..... tuan... Janganlah pecat saya. Saya sanggup buat apa saja asalkan tuan tak pecat saya....” rayu Sarah.
Faiz berfikir. Seketika, dia tersenyum sinis. Rancangan nakalnya mula menjelma.
“Baik... aku takkan pecat kau. Tapi, dengan syarat..” ayat Faiz tergantung di situ.
Syarat? Syarat apa pulak ni? Jangan dia suruh aku buat bukan-bukan sudah. Ada yang kena karate dengan aku.
“Sya... syarat apa tuan?” soal Sarah tergagap-gagap.
Faiz mula mendekati Sarah. Dia melirik matanya ke arah Sarah. Sengaja ingin mengusik Sarah.
“Aku nak......” tangannya mula berjalan ke tangan Sarah.
Sarah tersentak. Gila apa tuan aku ni? Sarah menepis tangan Faiz. Seketika, terdengar gelak kuat dari mulut Faiz.
Chet! Dia saja usik aku!
“Ha ha ha... tau takut. Lain kali jangan nak cari pasal dengan aku. Aku nak kau masak makanan special malam ni. Ada
event penting malam ni...” kata Faiz sambil menyarung baju kemeja yang di ambilnya dalam almari ke tubuhnya.
Sarah segera berpaling ke tempat lain. Selamba derk je tuan singa ni pakai baju depan aku. Dia tak tahu malu ke?
“Kau dengar tak apa aku cakap ni?” soal Faiz sekali lagi.
Sarah segera menganggukkan kepala. “Tuan nak menu special yang macam mana tu?” soal Sarah.
Faiz merengus. Lembab betullah orang gajinya ini.
“Ala... ikut kaulah nak special mana pun. Aku tau kau masak. Lagi satu, pakai baju cantik-cantik sikit...”
Baju cantik? Nak buat apa pulak? Aku cuma orang gaji aja.
“Tak payah nak melawa sangatlah, Tuan. Saya orang gaji aja dekat rumah ni. Saya duduk dapur aja sudahlah...” sangkal Sarah.
Degil pulak dia ni. Aku nak dinner dengan kaulah! Jerit hati Faiz.
“Pakai ajalah! Cuba jangan nak melwan cakap aku..” marah Faiz
Sarah mencebik. Baik tuan singa .
“Dah. Aku nak gerak pergi kerja ni. Kau kemas rumah apa yang patut. Aku tau balik nanti rumah berkemas, baju aku siap bergosok, makanan sedia terhidang atas meja. Sesaat kau lambat, aku pecat kau!” ugut Faiz dan segera berlalu menuju ke keretanya. Seketika, kedengaran enjin kereta Faiz mula meluncur laju menuju jalan utama.
Sarah merengus. Mengada-ngada punya tuan singa . Banyak pulak arahan dia. Dia ingat aku orang gaji dia ke? Eh! Memang orang gaji pun. He he he....
Sarah mula mengemas rumah tuannya. Dia menyapu lantai, mengelap meja, cermin dan yang sewaktu dengannya. Setelah, semua kerja dibahagian ruang tamu siap. Sarah bergerak pula menuju ke dapur.
“Menu apa aku nak masak malam ni
ek? Even t apa pulaklah tuan singa nak buat malam ni.” bebe
lnya seorang diri.
“Masak ajalah spaghetti chicken. Aku tau dia memang gila dengan spaghetti aku ni. Jangan ingat aku fail SPM, aku tak pandai masak tau!” bangga Sarah.
Seketika, terdengar bunyi periuk belanga didapur milik Faiz. Setelah sejam berada didapur, Sarah bergegas menuju ke biliknya. Dia bukan tidur disini. Dia cuma menjaga rumah Faiz apabila Faiz pergi ke pejabat. Apabila jam menunjuk ke angka enam petang, baru dia pulang setelah menyiapkan segala juadah makan malam untuk tuannya.
Tetapi, hari ini kelihatan sedikit pelik. Kenapa tuannya mahu dia menunggu untuk meraikan event malam ni. Ah! Mungkin kerana tiada siapa yang mahu membasuh pinggan nanti. Desis hatinya.
“Aku nak pakai baju apa ni? Setakat ada baju kurung moden aja...” baju kurung moden itu dibeli oleh Faiz sempena hari jadinya sebulan lepas. Kata Faiz, sebagai hadiah kerana dia sanggup melayan kerenah Faiz. Kalau bukan kerana kelulusan SPMnya yang teruk, pasti dia sudah lari meninggalkan tuannya yang macam singa lapar itu.
Tepat jam 8 malam, kelibat Faiz sudah kelihatan. Sarah terkocoh-kocoh mendapatkan tuannya. Bimbang jika tuannya angin tak tentu pasal. Pasti memalukan jika tetamu tuannya nampak dia dimarah.
“Eh! Tuan sorang aja ke? Kata ada
event penting malam ni? Mana tetamu tuan?” soal Sarah kehairanan apabila melihat Faiz balik seorang diri. Tak jadikah?
Faiz terpegun melihat wajah manis dihadapannya. Sarah kelihatan ayu sekali dengan baju kurung moden berwarna merah hati yang dibelinya sebulan lepas. Baru kini Sarah memakainya setelah terperap lama didalam almari bilik Sarah. Dadanya berdegup laju.
“Err.. tuan.. kenapa tuan tengok saya macam tu?” soal Sarah.
Faiz yang tersedar mula mengelabah. “Err... tak de apa-apa. Mana baju aku?” soalnya bagi menutup malu.
“Baju tuan dekat atas. Saya dah siap iron . Tuan pakai cepat tau. Saya tunggu tetamu tuan dekat bawah..” kata Sarah seakan memberi arahan. Faiz segera mengangguk dan berlalu menaiki tangga menuju ke biliknya.
Sarah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kenapa pelik benar aku tengok tuan aku ni. Pelik,pelik...
Setelah sepuluh minit, Faiz turun dan menuju ke meja makan.
“Sarah, jom makan. Aku dah lapar ni....” ajak Faiz.
Sarah mengerut dahi. Takkan makan berdua je kot? “Tuan tak nak tunggu tetamu tuan ke?”
Faiz mula mengelabah. Ayat apa yang sesuai nak cakap dekat Sarah ni. “Err... kita makan dululah. Nanti dah kenyang, senang nak layan tetamu.” balas Faiz walaupun dirasakan jawapannya tidak logik .
Sarah menjengkut bahu. Aku pun dah lapar ni. Sarah bergerak ke meja makan. Seketika, dia terkaku apabila Faiz menarikkan kerusi untuknya.
“Err... terima kasih tuan..” ucap Sarah.
Sarah masih lagi mendiamkan diri apabila Faiz menyendukkan spaghetti ke dalam pinggannya.
“Makanlah...” lawa Faiz. Sarah terpana. Bicara tuannya ketika ini dirasakan cukup lembut. Matanya yang mendamaikan, senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir. Membuatkan Sarah seolah-olah berada diawang-awangan.
“Sarah.....” sapa Faiz apabila melihat Sarah kaku disitu. Faiz menyimpul senyum. Mesti dia terkejut beruk tengok layanan aku.
“Eh! Err... baik tuan. Saya makan. Tuan pun makanlah...” lawa Sarah juga.
Seketika, suasana meja makan itu senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi garfu berlaga dengan pinggan.
Setelah selesai makan, Faiz menuju ke ruang tamu. Dia menghidupkan radio dan memasukkan cd lagu yang romantik. Kedengaran perlahan penyanyi itu menyanyikan lagu kegemarannya. Lagu Sedetik Lebih, nyanyian Anuar Zain.
Sarah yang mendengar bait-bait lirik lagu dari dapur mula kehairanan. Apa mimpi pulak tuan singa ni bukak lagu jiwang-jiwang malam ni. Ni mesti tengah hangat bercinta. Lantaklah. Baik aku cepat-cepat siapkan kerja aku. Lepas tu terus balik. Seram sejuk pulak aku tengok perangai tuan aku malam ni. Dia meneruskan acara membasuh pinggan di dapur.
“Sarah......” panggil Faiz lembut.
Sarah yang mendengar namanya dipanggil segera menuju ke ruang tamu.
“Ye, tuan.. Tuan nak air panas ke?” soal Sarah.
Faiz menggelengkan kepala. Dia menghampiri Sarah dan menarik Sarah supaya duduk bersamanya di atas sofa. Sarah hanya menurut.
Faiz melepas keluhan. “Sarah... Saya bukan seorang yang pandai bermain dengan kata-kata manis. Saya juga bukan seorang yang romantik. Saya tak tahu cara nak memikat perempuan. Jadi, awak dengar baik-baik apa yang saya nak cakapkan ni. Saya cakap sekali a je . Tiada ulang tayang....”
Sarah mengerut dahi. Tidak faham apa yang dibicarakan oleh tuannya itu.
“Sa...saya... sebenarnya... su...sukakan awak!” Fuh ! Lega bila dah diluahkan.
Sarah terkedu. Dia suka aku? Sarah seakan tidak percaya dengan luahan hati tuannya.
“Tu..tuan.. saya tak silap dengar ke? Tuan maksudkan saya ke?” soal Sarah bertubi-tubi.
Faiz menganggukan kepala tanda mengia-iakan kata Sarah. “Awak tak silap dengar. Memang saya maksudkan awak, Sarah... Saya nak melamar awak menjadi isteri saya...”
“Ta... tapi kalau tuan sukakan saya, kenapa tuan selalu marah saya?” soalnya apabila memikirkan kejadian dia kerap dimarah oleh tuannya.
Faiz hanya tersenyum. “ Saya saja nak usik awak. He he he....” balas Faiz sambil menayangkan gigi putihnya.
Membulat mata Sarah mendengar pengakuan tuannya. Sengaja? Aduh! Nak pitam rasa dengar pengakuan ‘jujur’ tuannya.
“Macam mana, Sarah? Awak suka saya tak?” soal Faiz pula.
“Err....saya..saya..” bicara Sarah tergagap-gagap.
“Awak jangan nak malukan saya Sarah! Suka atau tak suka, awak tetap kena suka saya!” desak Faiz.
Ek eleyh ! Nak paksa-paksa orang
pulak! Tapi comellah bila dia marah. He he he...
“Saya pun suka dekat tuan.” balas Sarah malu-malu.
Faiz sudah tersenyum riang. Gembira kerana Sarah menerimanya.
“ Yahoo!!” jerit Faiz kuat.
Sarah sudah tertawa senang. Rupanya tuannya menaruh hati terhadapnya. Aii.. Nasib badan bercinta dengan tuan singa. Mesti menyinga hari-hari. He he he!!

Rabu, 30 Mei 2018

Sukarni


NAMANYA tak ada di buku-buku pelajaran, tak juga di daftar pahlawan nasional, bahkan mungkin tidak di batu nisannya. Namun hingga kini namanya tetap harum. Nama sederhana itu tak disertai makna indah atau gelar kehormatan. Sukarni, itulah nama perempuan cantik berkulit kuning langsat yang tinggal di sebuah desa kecil di Blora. Orang-orang menjuluki dia kembang desa.

Dia tak hanya cantik, tetapi juga sopan, tak banyak bicara, penurut, dan penyayang. Hampir semua orang di desa tergila-gila. Para lelaki ingin meminang Sukarni menjadi istri. Mereka dari berbagai latar belakang, menawarkan uang, tanah, perhiasan, hingga nyawa. 

Tentu cuma seorang yang beruntung. Dia lelaki biasa, tidak kaya, tidak rupawan. Namun dia tangguh, pekerja keras, dan menyayangi Sukarni sepenuh hati. Dialah Kasdi, sahabat Sukarni sejak kecil. 

Mereka pun menikah dengan mas kawin sebuah cincin tembaga. Cincin yang Kasdi peroleh dengan keringat, cincin yang memunculkan segores senyum Sukarni saat memakai. Walau sederhana, pernikahan mereka berjalan khidmat. 

Alam pun tampaknya merestui, sehingga kemarau berubah menjadi musim hujan seminggu setelah mereka menikah. Tak ada hari tanpa hujan mengguyur. Keadaan itu menyenangkan bagi Kasdi dan Sukarni. Mereka bisa menghabiskan waktu di kamar. Setiap jengkal tanah di rumah pun menjadi ranjang berbulan madu. Ah, betapa bahagia mereka. 

Namun kebahagiaan itu hanya bertahan sebentar. Pada minggu ketiga pernikahan, Kasdi pamit pergi ke kota untuk menjual hasil ladang. Dua hari setelah kepergian Kasdi, pasukan Belanda memasuki kampung. 

Para serdadu bertubuh besar itu bersenjata lengkap. Tak seorang pun warga berani melawan. Para serdadu leluasa bertindak apa saja; keluarmasuk rumah penduduk, tak terkecuali rumah Sukarni. 

Lima orang tentara Belanda memasuki rumahnya. Mereka menjumpai Sukarni yang gelisah. Kegelisahan itu tertangkap mata para serdadu. Mereka senang karena itu berarti bertambah lagi pribumi yang tunduk. Senyum mereka melebar ketika melihat wajah cantik Sukarni. 

“Cantik, dia cantik,” bisik serdadu berkumis tebal kepada rekannya. 

Rekannya mengangguk setuju. Dengan langkah tak sabar, mereka mendekati Sukarni. 

“Kamu cantik!” ucap seorang prajurit. 

Sukarni diam, gemetar. 

“Kamu harus menghibur kami,” lanjut prajurit itu sambil menarik Sukarni dari kursi. Teman-temannya membantu, lalu mereka pun memerkosa Sukarni ganti-berganti. 

Di antara tawa dan desah mereka, Sukarni menangis menggerunggerung. Tubuh dan batinnya terluka. 

“Lain kali kami ke sini lagi, Cantik! Ha-haÖ,” ucap seorang serdadu.

Sukarni menangis tak henti-henti. Dia menyeru-nyeru nama sang suami. Sukarni ingin menangis di pelukan Kasdi, menceritakan kebiadaban yang baru saja terjadi. Namun juga takut Kasdi tahu dia tak lagi suci. Pedih, hati Sukarni pedih. 

Dua hari kemudian Kasdi pulang. Awalnya Sukarni tak menceritakan soal pemerkosaan oleh serdadu Belanda. Ia takut suaminya pergi dan dia makin terguncang. Namun karena tak ingin terus-terusan membohongi Kasdi, dia pun bercerita. 

“Begitulah, Mas...,” lirih suara Sukarni sambil terisak-isak. 

“Bajingan! Kubunuh mereka semua!” teriak Kasdi. 

Lelaki itu berlari keluar rumah sambil menggenggam parang. Sukarni mencegah, tetapi tak ia pedulikan. Kemarahan Kasdi meluap dan hanya bisa reda bila melihat serdadu yang memerkosa sang istri mati mengenaskan. 

Kasdi bisa membunuh seorang serdadu dan melukai dua orang lagi. Namun dia tewas, tertembak kepalanya. 

Kabar tewasnya Kasdi sampai ke telinga Sukarni. Perempuan itu kini makin tak berdaya. Semua telah menghilang: kehormatan dan cinta. Batin Sukarni memedih, jiwanya makin terguncang. Apalagi setelah kematian sang suami, serdadu Belanda makin sering datang ke rumah. 

Awalnya Sukarni pasrah. Ia kehilangan gairah hidup. Beberapa kali dia hendak bunuh diri. Namun suatu hari, ketika mengingat kematian sang suami, dia membuhulkan tekad untuk balas dendam. 

Sukarni memikirkan cara untuk melawan serdadu Belanda. Karena tak mungkin berkelahi, dia memanfaatkan kecantikan dan tubuhnya. Sukarni pun makin rajin bersolek. Dia tak cuma membedaki wajah, tetapi juga melumuri tubuh dengan racun mematikan. Dia meracik racun tak berwarna dan tak berbau itu berdasar resep mendiang sang nenek. Jika racun itu terjilat bakal mematikan atau setidaknya membuat sang penjilat sakit berbulan-bulan. 

ilustrasi karya Hary Purnomo

Suatu malam, dia merias diri begitu anggun. Dia mengenakan kebaya paling bagus dan parfum paling wangi. Sukarni duduk di ruang tamu, menembang. Ketika para serdadu datang, dia membiarkan mata mereka menelanjangi tubuhnya. Mereka, para bangsat itu, terperangkap jebakan yang dia buat. Rencana demi rencana pun ia lakukan. Ia kini rajin menggoda pasukan Belanda. Dan tepat seperti rencananya, para pemuja berahi itu pun masuk ke dalam jerat. 

“Nikmati tubuhku, Setan! Nikmati! Jilat semua racun itu! Matilah kau, matilah!” Begitulah batin Sukarni setiap serdadu Belanda menggagahi tubuhnya. Sekarang tak ada lagi rasa sakit atau hina, yang ada hanya desah perjuangan. 

Peristiwa tempo hari agaknya jadi titik balik kehidupan Sukarni. Dulu ia pendiam, sekarang liar. Dulu ia wanita yang pasrah, sekarang ia melawan. 

Perlahan-lahan perlawanan itu pun membuahkan hasil. Banyak serdadu Belanda mati keracunan, sebagian sakit parah. Hari demi hari para prajurit yang datang menyurut. Ia pun bosan, merasa kehilangan tantangan. 

Karena tak lagi banyak mangsa dan untuk menghindari penyelidikan, Sukarni memutuskan hengkang ke pusat kota. Sekarang tujuan dia bertambah: semula hanya membunuh pasukan Belanda, sekarang mengorek informasi sebanyak mungkin. Sukarni kini jadi sekspionase. 

Pelan-pelan dan sembunyi-sembunyi Sukarni mengajak penduduk melawan, tentu dengan jalan berbeda. Ia membujuk para pemuda mengangkat senjata. Ia juga membagikan sebanyak mungkin informasi dari sekspionasenya. 

Sukarni barangkali memang berjuang, tetapi karena melalui jalan asusila, selalu ada yang mencemooh. Namun Sukarni bergeming. Ia masa bodoh. Orang-orang boleh mengangkat parang, tombak, atau bambu runcing. Dia berhak menggunakan senjatanya sendiri. 

Setelah cukup lama di kota, Sukarni berjumpa pemimpin pasukan tingkat kota, Van Brown. Itu bukan nama asli, nama samaran entah karena alasan apa. Ia melancarkan aksi seperti biasa. Kini dia memakai cara lebih halus, tanpa olesan racun ke tubuh. Dia lakukan itu semata-mata untuk mengorek sebanyak mungkin informasi dari Van Brown. 

Berbekal kecantikan dan keterampilan berbahasa Belanda pasaran, Sukarni cukup mudah menaklukkan hati Van Brown. Lebih tepatnya menaklukkan nafsu berahi lelaki itu. Dia berhasil memperoleh banyak informasi. Dia bagi info itu kepada rekan-rekan seperjuangan di kampung. 

Setelah merasa cukup memperoleh informasi dan muak pada mulut buaya Van Brown, Sukarni berencana membunuh dengan racun seperti dulu. Dia berhasil! Dia puas. Menang. Namun dua hari setelah keberhasilan itu, Sukarni ditangkap. Identitasnya sebagai pembunuh sekaligus sekspionase terungkap. 

Sukarni terciduk. Dia diborgol dan dibawa pergi entah ke mana. Sukarni lenyap, seolah-olah tak pernah ada di bumi ini. 

Berbulan-bulan setelah itu, rekan-rekan seperjuangan di kampung akhirnya tahu dia telah ditangkap dan tak mungkin bisa keluar dari cengkeraman Belanda. 

Mereka bersedih. Seorang pelawan sudah pergi dan tak akan kembali. Untuk mengenang dan menghormati perempuan itulah mereka mengukir namanya di hati masing-masing. Mereka menceritakan kisah patriotiknya kepada anak-cucu. 

Namanya memang tak ada di buku pelajaran, tak juga di daftar pahlawan, bahkan juga tidak di batu nisannya. Nama sederhana itu tak punya makna yang indah atau gelar kehormatan. Namun nama itu akan selalu dikenang, dihormati, segenap orang. Kisahnya akan abadi. Perlawanannya tak akan pernah mati.(44)

Sekaran, 10 Oktober 2017: 19.59

Abu Rifai, mahasiswa Sastra Inggris Fakultas Bahasa dan Seni Universitas Negeri Semarang

Rujukan:

[1] Disalin dari karya Abu Rifai

[2] Pernah tersiar di surat kabar "Suara Merdeka" edisi Minggu 26 November 2017

Sabtu, 26 Mei 2018

Penakut


KARYA AZLINA AFISYA

Penakut


Bingkai gambar ditatap lama. Pandangannya jatuh pada sepasang budak lelaki dan perempuan yang masih kecil lagi. Si cilik hero dengan muka masam cemberut dan berusaha sedaya upaya untuk menjauhi dari budak perempuan itu.

Dia mengoyak senyuman pahit. Apa khabar dia di sana ya?
Heh buat apa dia nak ingat aku? I'm nobody to him. Dan akan tetap begitu selamanya. Silalah bawak sedar diri sikit ya tuan badan...
"Tapi aku rindu..." luahnya sebak. Terlalu sebak bila kenangan lama menjengah semula.
"Kau rindu siapa?"

Bingkai gambar dibaringkan. Cepat cepat dia menoleh arah belakangnya. Oh em giii! Matanya dicelikkan beberapa kali. Bagaikan tak percaya apa yang dia lihat sekarang.
"Kau rindu siapa?" ulangnya sekali lagi.

Si gadis masih lagi kelu dengan kemunculan yang tak disangka sangkanya. "Ziyad?"
Ziyad sudah pelik dengan kelakuan sahabatnya. Tebiat apa? Terus dia meluku kepala si Firyal. Nasib baik si Firyal ni kenit. "Ni memang aku ler."
"Err... Apa kau buat kat sini?" soalku pelik.
Ziyad menguntum senyuman. "Mama kau ajak family aku makan malam. Tapi aku datang ni sebab nak bagi ni je. Babah kau suruh bagi kau." lantas plastik Dunkin' Donuts ditunjukkan.
Aku mengangguk perlahan. "Okay. Silalah balik ems." ujarku tanpa memandang langsung wajah Ziyad. Tak boleh jadi ni.
"Yalah. Jumpa malam nanti."
***

"Fir tak boleh terima cadangan babah dengan Uncle Syafiq. Maaf." itulah jawapan muktamad. Aku memandang wajah mama dengan harapan mama sudi membantu diriku. Semua orang masih lagi terkejut dengan jawapanku barangkali?
"Kamu ada orang lain?" mama menyoal lembut.

Geleng. Bukan aku. Tapi si dia yang sedang duduk bertentangan dengannya. Sepatutnya soalan itu perlu diaju pada si dia bukan aku.
"Haa Ziyad! Kamu macam mana?"
Dia diam. "Bagi kami masa fikir jap. Sini Fir." tangan aku ditarik dan kami bergerak menuju kolam renang di luar.

Aku mengeluh dalam diam. "Kita tak perlu ikut apa yang mereka mahu. Aku tahu kau tersepit. Antara kekasih hati dan impian keluarga. Lagi pun susah der kalau aku kau duduk sebumbung nanti." jujur aku kata walaupun pahit.
Dia masih lagi senyap. Entah apa yang difikirnya aku malas nak ambil tahu. Tak sampai hati nak biarkan luka semakin mendalam. Cukuplah sekali dulu.
"Kita akan jadi pasangan yang paling brutal dan romantik nanti." putusnya.
Hah?!
***

Aku melangkah masuk ke dalam rumahnya. Hati ini rasa kosong dan tepu semenjak berkahwin dengan dia dua minggu lepas. Terlalu banyak persoalan yang kerap bertandang ke otak. Apa yang dia mahukan sebenarnya?
Beg baju diletak tepi dan aku merebahkan badan atas sofa L. Terasa penat bila pandu seorang diri dari Utara ke KL.
Dua malam lepas. Di kampung halaman Ziyad.
"Esok aku kena outstation seminggu kat Sabah. Nanti kau pandu balik ke rumah aku guna kereta aku. Alamat aku dah tulis. Ada kat atas meja dalam bilik. Sekali dengan kunci rumah."
"Okay."
Satu rumah Ziyad aku teroka puas puas. Bersih. Kemas. Sampai di master bedroom, dia duduk di birai katil.
"Biarlah aku tidur kejap kat sini. Ada masa lagi."
Badan dibaringkan dan mata mulai terpejam.
***

Mata dicelikkan. Masih lagi di sini rupanya. Jam tangan dikerling sekilas lalu. Sudah lewat petang. Lekas aku bergerak ke bilik air dan segerakan Asar. Penat punya pasal.
Usai saja solat, aku turun bawah. Mahu menyediakan makan malam buat aku seorang diri. Saat mata terpandang meja makan, tiba tiba aku jadi pelik. Ada makanan? Siapa masak? Takkan Ziyad dah balik?

"Kerja habis awal. Aku baliklah cepat." satu suara garau berkata. Aku pandang belakang. Mahu luruh jantung aku lihat dia di belakang. Dia ni memang suka sangat bagi kejutan. Boleh mati berdiri kalau setiap hari macam ni. Hisyy!

Aku diam dan mahu beredar dari sini. Tapi tangan ku ditarik kasar membuatkan aku jatuh dalam pelukan dia. Heyy! Otak tu dah mereng ke apa ni?!
"Firyal Azwani. Pandang mata aku." arahnya. Aku berdegil. Protes. Gila punya sahabat suka buat aku terkejut. Dari dulu sampai sekarang macam tu lah!
Tapi lama lama pandang jugak. Nak tahu sangat kenapa dia buat tebiat sejak kebelakangan ini. "Nak apa?"

Matanya tajam menikam. Haila ni yang aku lemah ni. Jantung pulak dup dap dup dap je dari tadi. Dari dulu sampai sekarang rasa itu tak pernah hilang. Cuma dia saja yang tak tahu.
Rasa sayang yang mendalam tanpa sebab yang khusus buat makhluk aneh ini.
Rasa rindu hadap makhluk aneh ini bila berjauhan dengannya.
Rasa kecewa bila tahu si makhluk aneh ini terlalu cinta akan Hanim suatu ketika dulu.
Rasa takut bila suatu hari nanti jikalau aku terpaksa kehilangan makhluk aneh ini suatu hari nanti.
Firyal... you're really deeply in love with him!
Cuma si makhluk aneh ini saja yang tak pernah tahu.
"Kenapa kau tolak cadangan keluarga kita pada mulanya?"
Kau tahu kan sebabnya... Kenapa perlu ditanya lagi?
"Aku tahu kau masih sayangkan Hanim. Jadi aku terima kalau suatu hari nanti kau nak sambung semula ikatan kasih korang. Tapi masa tu kau kenalah lepaskan aku dulu." bohongku. Ah perit betul!
"Kalau aku tak nak lepaskan kau macam mana?"
"Hanim?"

Dia geleng kepala. "It's over."
Putus? Takkanlah.
"Focus on our story babe. Firyal Azwani... Did you ever have any feelings for me?" Dia mula merangkul pinggang.
Gawat ni! Gawat! "Entah."

"You sure did rightI'm sorry if I have ever broke your feelings before. Gambar kita dulu kau masih simpan lagi kan? Oh babeI'm so sorry." terasa ubun ubun dikucup lembut.
"Puan Firyal Azwani, sudi tak awak jadi awan putih yang akan selalu mencantikkan lagi langit biruku buat selamanya?"

Oh maiii... Tanpa sedar bibir ini menguntum senyuman.
"Kalau tak nak?" sengaja mahu mengusik.
"Nanti aku goda kau setiap saat. Trust me babe."

Jumat, 18 Mei 2018

Mengejar cinta ilahi

Mengejar Cinta Ilahi

Seorang gadis bertudung labuh sedang memperbetulkan tudungnya di hadapan cermin kereta cikgu Salmah. “Cun dah tu, Dijah! “ tegur zulaika sambil duduk di atas bangku berdekatan dengan tempat meletak kereta para guru. Di sebelahnya, Balqis  yang sedang lahap memakan roti sosej. Kelihatan ramai  pelajar tingkatan empat dan lima sedang berehat pada awal pagi itu. “Tak panas ke pakai tudung labuh?” soal Ainul sebaik sahaja dia menghampiri Khadijah. Khadijah tersenyum tawar. Lalu dia menggeleng-gelengkan kepala.

“Mak kau doktor, ayah kau pensyarah. So, kau bukan keturunan ustaz ustazah, kan?”

Khadijah mengangguk perlahan. Bibirnya menguntum senyuman manis. Lantas dia mengambil roti tuna dari tangan Ainul. “Thank you!” Khadijah hanya mengambil roti tuna yang telah dipesannya. Dia tidak mahu menghabiskan lima minit terakhir waktu rehat dengan tercegat di hadapan kereta cikgu. Ainul yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh Khadijah pula hanya mengikut langkah Khadijah ke arah pondok berdekatan kantin.

“Lamanya kau beli, Ainul. Beli roti ke buat kilang roti?” perli zulaika selamba.

“Ramai orang kot kat kantin. Nah, roti kau.” Roti sardin gulung bertukar tangan. Lalu, Ainul duduk di antara Khadijah dan Balqis. Tajam mata Ainul memandang hujung tudung Khadijah yang labuh itu.

“Kau terduduk atas tudung kau, Dijah.” Khadijah yang sedang menghabiskan sisa makanannya cuba memperbetulkan kedudukan hujung tudungnya. Labuhnya melebihi punggung.

“Panjang sangat tu, Dijah. Tak nak potong ke?” Kuat suara Ainul yang bertanya. Soalan yang agak sensitif itu.

“Takpa lah. Selesa saja.” Khadijah membalasnya dengan senyuman.

“kalau aku kan, sudah lama aku potong.” Sampuk balqis pula. Straw di kotak minumannya di gigit-gigit.

“ish, korang ni! Khadijah nak jadi ustazah untuk tahun terakhir ni. Apa salahnya?” Kata-kata Zulaika yang berunsur perlian dan sokongan positif sedikit sebanyak menguji iman Khadijah. Bahu Khadijah ditepuk-tepuk perlahan. “Pakai tudung senteng lah best. Nampak kurus gitu.” Komen Ainul. Sememangnya tudung Ainul kurang dua inci dari kedudukan bahunya.

“Ceh, Ainul! Kat luar sekolah pun kau freehair. Rambut berkilat macam model syampu rejoice. Haha..” Zulaika menyinggul lengan Ainul.

“Well..” Tudungnya dikibas-kibas.

“Kalau pakai tudung labuh Nampak gemuk la?”

Khadijah yang diam sejak tadi memberanikan diri untuk bersuara. Mereka bertiga mengangguk laju dengan muka yang tidak bersalah.

“Takpa. Gemuk dengan pahala..”

Haha. Mereka ketawa seperti tak ingat dunia. Namun, Khadijah masih mampu tersenyum. Memang, tahun sebelum-sebelum ini tudungnya agak senteng seperti rakan sekolahnya yang lain. Bermula dari kes apabila kesilapan Mak cik Milah yang menjahit tudung sekolahnya tersangat labuh tidak seperti yang disuruhnya. Pada awalnya, dia juga sangat tidak berpuas hati dengan tudungnya yang labuh seperti pelajar sekolah agama.

“Labuhnya, Mak cik!”

“Takpa lah, Dijah. Tudung labuh ni pakaian Islam. Dijah patut bangga dapat memakainya.”

“Tetapi, Dijah bukan pelajar sekolah agama.”

“Dijah, tudung ni bukan untuk pelajar sekolah agama saja. Tetapi untuk semua perempuan yang beragama.”

Deep. Sudah lima bulan perkara itu berlaku. Tetapi kata-kata Mak cik Milah masih tergiang-giang di gegendang telinganya. Dan kata-kata itulah yang membuatkan dia terus tabah menyarung tudung labuh di kepalanya. Walaupun, perubahan drastiknya itu dipandang serong oleh segelintir rakan sekolahnya.

“Tudung labuh bai! Bila insaf?”

“Wah, ustazah!”

“Eh, kau salah masuk sekolah ni. Ini bukan maahad.”

“Kau pakai tudung ke telekung ni? Labuh gila.”

Kehinaan demi kehinaan. Cacian demi cacian. Kata-kata perlian yang dilontarkan oleh mulut-mulut yang tiada insuran tidak pernah melemahkan imannya. Kini dia sedar, benarlah kata-kata Mak cik Milah. Tudung labuh ini memang untuk orang yang beragama. Kerana jika tidak beragama, akhlak seseorang itu pasti tidak dapat dijaga.

“Alhamdulillah. Aku sudah insaf. Kau, bila lagi?”

“Alhamdulillah. Terima kasih banyak sebab panggil aku ustazah. Nanti aku akan buka kelas agama. Kau boleh join. Demi kau, aku kasi diskaun. Apa macam?”



“Aku salah masuk sekolah? Patutlah terasa asing semacam. Akhir zaman ni, benda baik selalu dipandang asing.”



“Alhamdulillah. Tudung aku serupa telekung? Senang lah aku nak solat nanti. Kalau kau tiada telekung, aku boleh pinjamkan.”



Ya. Terukir senyuman di bibir nipisnya. Dalam waktu yang sama, hatinya pedih seperti dihiris-hiris dengan pisau.

Pakai tudung labuh pun salah ke?

Getus Khadijah. Soalan itu hanya dipendam. Allah ada jawapannya. Kerana Allah Maha Mengetahui.



Jarum jam tepat menunjukkan 11 pagi. Kelihatan ustazah Normah sedang memasuki kelas 5 Ikhsan dengan wajah  yang tenang. “Assalamualaikum, ustazah.”

“Waalaikumussalam. Okey, imam? Tolong baca doa.”

“Kamal. Baca, kamal.” Pinta Afiq tiba-tiba. Dia cuba menyuruh kamal, satu-satunya pelajar lelaki yang pendiam dan pemalu di kelas itu untuk membaca doa belajar.

“Awak lah baca, Afiq. Suruh-suruh orang pula.” Balas ustazah normah. “Saya baca? Suara saya sedap sangat ni ustazah. Takut ustazah melting je..” satu kelas ketawa besar mendengar kata-kata Afiq yang seakan berkata besar dalam memuji diri sendiri. “haktuih!” “Sampai hati husin haktuih dekat saya. Merajuk ah macam ni, hm.” “Awak lah baca, Husin.” Semua pelajar yang dari tadi menadah tangan untuk berdoa tidak henti ketawa. Akhirnya, Husin yang membaca doa belajar sambil di-aminkan oleh pelajar-pelajar lain.

“Hari ini kita belajar bab 6, Hukum menutup aurat.”

“Tajuk ni memang sesuai untk kau, Ainul! Haha” bisik perlahan Balqis yang duduk di hadapan Ainul. Ainul menjeling.

“Okey, Dolah. Baca ayat kefahaman hadis itu. Surah An-Nur ayat 30-31.” Dolah atau nama sebenarnya Abdullah pun patuh dan membacanya dengan bertajwid.

“Dalam ayat itu Allah suruh lelaki dan perempuan yang beriman supaya  menundukkan pandangan daripada memandang yang haram, memelihara kehormatan mereka..”

Tepat mata Ustazah Normah memandang beberapa orang pelajar lelaki yang suka memandang pelajar perempuan di belakang mejanya. Silalah terasa!

“Perempuan yang beriman juga tidak boleh memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir. Selain itu, kena tutup belahan leher bajunya dengan tudung mereka. Haa, saya tengok remaja baya awak semua ni suka pakai tudung. Tetapi, nampak leher. Patutnya pin la, atau jahit terus..”

Perkara ini nampak biasa. Selalu sangat berlaku. Sedangkan Allah sudah pesan awal-awal. Tutup!

“Akhir zaman, ustazah..” satu suara muncul.

“Sebab akhir zamanlah, awak kena kuatkan iman. Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan syaitan. Mula-mula pakai tudung labuh. Kemudian, dikecilkan bagi nampak trendy. Lagi satu, awak jangan pakai tudung, buka tudung, pakai tudung. Ini mempersendakan hukum Allah namanya.”



“Bak kata ustaz azhar idrus kita mana boleh ingat kita boleh masuk keluar masuk keluar syurga neraka sesuka hati.”

Seorang pelajar lagi menyampuk. Tak dapat dibayangkan bagaimana rupanya kita andai kita perlu masuk syurga yang nikmat. Kemudian, masuk ke neraka pula. Dijilat  api neraka.  Dan perkara itu berulang-ulang untuk selamanya. Na’uzubillahi min zalik!

“ustazah, kenapa kita kena tutup aurat? Lagi-lagi perempuan. Semua ditutup kecuali muka dan pergelangan tangan. Panas..”



“Panas kat dunia, sementara saja. Kat akhirat, sejuk selamanya!”

Aiman bersuara.

“Agama islam, satu-satunya agama yang mengangkat martabat wanita. Lagi pun, ada banyak kelebihan untuk perempuan yang bertudung berbanding  yang tak bertudung. Nak bezakan orang islam dan bukan islam pun boleh dengan melihat cara mereka berpakaian.”



Ainul Mardhiah. Sejak tadi dia diam. Semua kata-kata ustazah seperti memang ditujukan kepada dia. Dia cuba pekakkan telinga. Tetapi, tak berhasil.

“Ustazah, aurat antara adik beradik apa?”

“Dari pusat ke lutut.”

“Oh…” kedengaran ramai yang berkata sedemikian. Baru tahu agaknya. Ilmu Allah terlalu banyak. Dan masih sangat banyak untuk kita terokai. Itulah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membuat kita dekat dengan Allah.



“I love youuuuu!”

“Hee. Love you too, sayang!”

Jerit sepasang kekasih yang duduk bersama di atas puncak bukit. Mereka saling tersenyum bahagia. Dunia ini ibarat mereka yang punya.

“Eew, gelinya!” ujar si cilik, Fatiya yang duduk di antara Aliff dan Ainul. Pipi tembam fatiya dicubit kakaknya kerana geram. Aliff hanya ketawa kecil melihat keletah dua beradik ni.

“Apa adik cakap? Ulang…” lidah fatiya dijelir keluar, kepalanya digeleng-geleng.

“Eee, nakal kan adik ni!”

“Akak lagi nakal. Ber-sweet-sweet dengan abang Aliff. Ibu dengan ayah pun tak sweet macam tu tau, hehe.”

“jeles ke?”

Sampuk Aliff dengan jelingan yang nakal.

“Tiya kecil lagi la. Nak jeles buat apa? 15 tahun lagi Tiya akan berkahwin dengan ustaz. Silakan jeles tau, hihi.”

Kepala dan rambut halus Fatiya digosok-gosok oleh Aliff.

“Ustaz pula? Adik kena jadi ustazah dahulu..”

“Hm, nak dengar Tiya ceramah tak? Apabila dua orang yang bukan mahram berduaan. Maka yang ketiga adalah syaitan.”

Terkedu Aliff dan Ainul yang mendengarnya.  Sangat terasa!

“How did you know, Tiya? Adik kan baru 7 tahun.”

“Tiya terbaca dekat buku nota akak la.” Fatiya membuat muka selamba.

“Sayang, awak ada join kelas agama ke? Share la dengan saya.” Soal Aliff ingin tahu.

“Hm. Ada. Saya join masa Khadijah ajak saya hari tu.” Terang Ainul sambil tangannya ligat bermain dengan rambutnya yang halus.

“Dekat mana?”

“Hm. Dekat mana-mana pun boleh. Sudah, sudah. Tukar topik.”

“Laa, awak ni. Bagus apa, awak ada join kelas agama. Nanti, awak akan pakai tudung labuh. Dapat anak pun soleh solehah. “

“Pakai tudung labuh? Tak mungkin lah. Amboi, awak cerita pasal anak pula. Siapa walid mereka?”

“Siapa lagi kalau bukan mamat yang kacak sebelah awak ni? Haha. Saya.”

Terus merah muka Ainul.  Dedaun kecil yang ada di kepala Ainul disapu lembut. Dia tersenyum.

“Kacak lagi hensem lagi bergaya bakal abang ipar tiya! Woo.” Jelas kelihatan raut muka Fatiya yang tidak ikhlas dalam memuji. Pura-pura agaknya. Satu cubitan lagi hinggap di muka comel fatiya.

“Kawad kaki punya pasal. Habis hitam muka aku ni!” luah Zulaika sedikit kesal. Wajahnya dilihat  100 kali di cermin biliknya. Warna kulitnya tidak akan berubah menjadi putih semula dalam sekelip mata pun!

“Muka hitam boleh dicerahkan dan dibersihkan. Kalau hati hitam dengan maksiat? Fuh. Na’uzubillahi min zalik. “ seloroh Balqis sambil menempek bedak di wajahnya yang sedikit berbelang hasil kawad kaki di bawah terik matahari.

“Pandai kau cakap pasal agama ya! Alhamdulillah. Terbuka juga hati kau. Haha.”

Komen Ainul pula. Tanpa sedar, dia juga sudah sedikit sebanyak menunjukkan perubahan kearah kebaikan. Berkat berkawan dengan orang yang solehah. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata; nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki sahabat yang soleh.

“Eh, tak ada lah. Aku ada terbaca ayat ni kat internet ; aku pelik dengan manusia yang cuci muka setiap hati tetapi tidak pernah cuci hatinya.” Sentap! Kalau tengah makan mee, boleh tersedak garpu agaknya.

“Tetapi, kenapa muka Khadijah tetap cerah? Berseri-seri macam pengantin. “ Serius sahaja wajah Zulaika ketika mengutarakan soalan.

“Aku pakai produk safi saja..”

“Aku pun! Awat sama ja?”

“Ketika cuci muka kenalah mulakan dengan Bismillah. Sambil-sambil itu, baca selawat. Selain itu, ketika melihat cermin jangan lupa baca doa. Selalu bila kita beli kismis, kita akan dapat free kad doa. Jangan buang pula! Baca dan amal.”

“Doa dia apa? Lupa pula den, hehe.”

“Ya Allah, engkau telah mencipta wajah dan tubuhku sedemikian indah, maka perindahkan pula akhlak dan moralku. Aamiin..”

“Aamiin!”

“Lagi?” soal Balqis.

“Baca surah Yusuf, ayat 4.”

“Kemudian, amalkan solat sunat tahajjud. Wajah orang yang suka bertahajjud memang akan berseri-seri. Selain itu, banyakkan berwudhuk. Sebab, dengan wudhuk yang sempurna. InsyaAllah, dosa dosa kita akan gugur.”

“Eh, sebentar! Aku nak salin. Boleh ulang?”

Lantas tangan Zulaika mengambil kertas dan pen. Terketawa mereka melihat keletah Zulaika.

“Ada satu tertinggal…”

Ainul mula bersuara. Terangkat kening Balqis dan Zulaika.

“Halawatul iman. Kemanisan iman. Orang yang mendapat halawatul iman ni, muka dia akan berseri-seri di samping mempunyai hati yang tenang. Ada banyak cara untuk dapatkan halawatul iman. Antaranya, mencintai sahabat kerana Allah Taala.”

Kagum mereka bertiga yang mendengar. Alhamdulillah! Khadijah mengucap syukur.

Khadijah terus mendakap Ainul Mardhiah. Ainul terpinga-pinga.

“Eh, kenapa ni?”

“Uhibbuki fillah.”

“maksud?”

“Aku sayangkan kau kerana Allah. Tadi kau kata, mencintai sahabat kerana Allah Taala dapat halawatul iman, kan? Aku cuba la ni.”

Terukir senyuman manis di muka Khadijah. Dengan tiba-tiba, mengalir butiran air jernih dari tubir mata Ainul. Ainul membalas dakapan Khadijah dengan dakapan yang erat.

Balqis dan zulaika saling berpandangan antara satu sama lain.

“Nak juga! Nak kena peluk juga!”

Satu dakapan yang erat antara empat sahabat fillah ini. Dengan mengharap, mereka mendapat halawatul iman dari Ilahi.

Semoga persahabatan kami kekal hingga ke jannah, ya Allah!

“Hai, Ainul!”

Sapa balqis terhadap gadis yang sedang membaca buku di pondok sekolah.  “waalaikumussalam.”

“Pergh. Kau perli aku ke apa? haha. Okey, assalamualaikum intan payungku..”

“Waalaikumussalam! Kau tahu tak? Orang yang mula-mula beri salam ini terhindar daripada sifat sombong. Pahala pun dapat.”

“Ya, aku tahu.”

“Yang kau panggil aku intan payung ini dah kenapa? Apa mimpi?”

Sambung Ainul dengan muka yang tak lekang dengan senyuman.  “Dah kata sahabat fillah. Sayang-menyayangi gitu, hehe.” Tangan yang dihulur Balqis, disalami. Awan mula berarak dan bertukar warna. Warna awan menjadi gelap. Angin kuat menampar-nampar mereka.

“macam nak hujan saja!” keluh Balqis.

“hujan itu kan rahmat.”

“Rahmat? Teringat pula aku dekat pencetus ummah Rahmat. Hebat betul dia berdakwah semalam. Menitis juga lah air mata ni. Kau tengok tak?” Teruja pula Balqis apabila bercerita tentang rancangan tv yang islamik itu.

“Gila tak tengok? Haha. Calon suami aku tu.” Selamba Ainul berkata sedemikian.

“Eh, kau! Aku awal-awal lagi dah cop dia. Mana boleh..” Balqis mencebik. 180 darjah wajahnya bertukar. Bertukar masam.

“Lek, Balqis. Dia ada 4 kuota. Bermadu. Okey?” Pujuk Ainul serta merta. Haa. Inilah perempuan. Lelaki soleh senang membuat insan bernama hawa ini jatuh hati. Laju kepala Balqis mengangguk.



Khadijah yang datang dari pintu sekolah sedang memperbetulkan kedudukan tudungnya daripada terbang kerana ditiup angin. Penuh berhati-hati dia berjalan agar auratnya kekal dipelihara.

“Kuatnya angin!” teriak Khadijah dari jauh.

“Jaga tudung masing-masing! Nanti terbang!” Pesan Zulaika pula yang  tiba-tiba datang dari belakang Ainul dan Balqis. Balqis cepat-cepat betulkan kedudukan tudungnya yang sudang terbang separuh. Sedangkan, Khadijah sangat tenang dengan tudung labuhnya.

“Pakai tudung labuh yang bulat ni best! Senang nak kawal.”

Saat angin meniup kuat, saat itulah si hawa akan berasa sedar betapa pentingnya tudung labuh. Selamat!

“Allah perintahkan perempuan pakai tudung labuh ni bersebab. Sebab Allah nak pelihara kita. Sekarang saja, kita boleh lihat kan?” Khadijah memulakan tazkirahnya.

“Hmm. Baru faham. Tetapi tak kan sebab angin saja?”

“Pakaian yang menutup aurat dapat memelihara  mata para ajnabi. Bukan setakat pakai tudung saja, sahabat fillah sekalian. Tetapi semua anggota badan kita wajib ditutup kecuali muka dan pergelangan tangan..”

“Aku teringin nak pakai sarung tangan macam kau. Tetapi, aku takut orang kata aku hipokrit..” luah Balqis.

“Kalau kita nak buat baik, buat saja! Jangan fikirkan apa orang lain akan fikir terhadap kita. Orang suka menilai. Tetapi, penilaian dari Allah itu lebih penting.”

“kalau kita sendiri berpakaian dengan pakaian yang tak senonoh, jangan asyik salahkan lelaki yang gatal. Salahkan diri sendiri. Nabi Muhammad s.a.w kan pernah bersabda bahawa dunia ini perhiasan. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Nampak? Mahal tau kita ni.”

“Eh, Dijah. Emas pun perhiasan. Tetapi kenapa emas boleh ‘dipamerkan’ sesuka hati?”

“Emas dengan wanita berbeza, sayang. Antara mutiara yang tidak pernah disentuh yang disimpan rapi di dalam kotak dan mutiara yang tidak dijaga dan boleh dipegang sesuka hati. Mana satu kau pilih?”

“Mestilah mutiara yg dalam kotak. Terpelihara..” Jawab zulaika spontan.

“kalau perempuan freehair macam aku ni, ibarat mutiara yang tak dijaga lah, ya?” Seakan-akan Ainul terasa hati. Kelat wajahnya.

“Itu dulu, Ainul. Sekarang kau mutiara yang terpelihara dalam kotak. Tidak boleh disentuh. Manusia kan boleh berubah?” Pujuk Khadijah. Terus Ainul tersenyum manis.

“Dijah, Dijah. Dalam surah An-nur ayat 31, Allah perintahkan kaum hawa untuk pakai tudung bawah dada, kan? Kalau tak ikut tak boleh ke?”

“Balqis. Ya, Allah perintahkan sebegitu. Allah cipta kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bila Allah suruh, dengar. Bila Allah larang, akur. Okey?”

“Okey.”

“Bila cikgu suruh masuk kelas, masuk!”

Suara cikgu Akmal tiba-tiba muncul. Tidak sedar pula sudah pukul 1.05 petang. Waktu pembelajaran akan bermula! Mereka hanya tersengih-sengih dan berlari selaju mungkin ke kelas.



“Aku dengan Dijah pergi surau dulu. Korang order la makanan.” Cadang Ainul. “Okey. Surau kat tingkat 2 tau! Jangan sesat pula. Luas mall ni.” Pesan Zulaika.  Khadijah dan Ainul mengangguk tanda faham.

“Ramainya orang! Macam mana nak solat ni? Hmm.”

 Keluh Ainul yang manis bertudung merah.

“Rabbi yassir. Wala tu’assir. Rabbi tammim. Bil khoir. Aamiin”                                                     
Kedua-dua kening Ainul terangkat. “Doa apa itu?”

“Doa supaya dipermudahkan urusan…” Khadijah tersenyum.

Mereka terpaksa berasak dan beratur panjang untuk mengambil wudhuk. “kau bukan dah berwudhuk, ke?”

“Memang dah. Saja nak ambil lagi. Sebabnya, orang yang ambil wudhuk walaupun dia susah berwudhuk , dicatatkannya 10 kebaikan. Untung, kan?”

“kalau macam itu. Sebentar lagi, aku ambil wudhuk 10 kali la! Haha.” Perempuan- perempuan yang turut beratur di situ hanya memasang telinga saja. Tazkirah 10 saat yang sangat bermanfaat!

“Telekung tak cukup ni. Telekung sendiri pun tak bawa. Macam mana ni, Dijah?”

“Tak perlu. Kalau kita yakin pakaian yang kita pakai ini sudah menutup aurat, kita kenalah yakin pakaian kita ini boleh dibawa solat.” Yakin sungguh Khadijah berbicara.

“Tangan? Bawah dagu?”

“Pastikan pakai sarung tangan, sarung kaki yang tebal. Untuk bawah dagu, kita tarik bahagian tudung sehingga menutupi dagu. Lagi mudah kalau kita pakai tudung Syria sebagai tudung dalam. Aku pakai tudung Syria dekat dalam sebab aku kurang yakin tudung luar aku jarang atau tak. Kemudian, lekatkan pin tudung di bahagian tudung belakang pada baju. Supaya bila kita sujud nanti, tak ada lah dia jatuh dan ‘sujud’ sekali.”

Panjang lebar penerangan Khadijah.

“Tak sangka! Sebegitu mudah.”

“Islam itu mudah..”

Mudah. Allah yang memerintahkan hamba-Nya untuk solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Ia tidak membebankan kita selagi mana kita anggap ia adalah ‘hadiah’ dari Allah.  Hadiah? Ya. Pelbagai kelebihan yang dapat diperoleh hasil solat yang dilakukan. Dari segi kesihatan. Sujud yang betul, membolehkan oksida sampai ke otak. Maka, kita tidak akan mudah mengantuk atau penat.

Sepasang pasangan remaja sedang berpegangan tangan di hadapan kedai bunga.

“Sweet pula mereka tu! Jeles..” bisik Zulaika perlahan.

“Huh. Sweet kalau dah halal..”

“Mereka dah kawin kot! Husnuzhon, Qis.”                                                   
“Baru tingkatan 3 mereka tu. Jiran aku. Aku tahu la.”

“Masa bercinta semua nampak indah. Imam hasan Al-banna kan pernah cakap bahawa kalau kita bercinta 20 tahun pun, yang kita kenal hanya lah lakonannya. Nak tahu perangai sebenar dia, kena kawin. Memang indah bila hari-hari dapat good morning text, good night text, dapat calling-calling, dapat… macam-macam lah kan. Tetapi  agak sayang bila zaman remaja kita digunakan untuk berkepit dgn partner kita. Sedangkan waktu yang ada, kita boleh luangkan untuk belajar, luangkan dengan keluarga dan kawan..”



“Huyyo, Dijah. Cakap macam berpengalaman saja.”

“Semua orang ada masa silam..” ringkas jawapannya.

“wait. Tadi kau cakap kalau nak tahu perangai dia sebenar kena kawin dulu kan? Kalau perangai dia teruk, tak ke malang si isteri tu.” Laju sahaja zulaika apabila menceritakan perihal perkahwinan. Dalam 10 orang crushnya, mungkin salah seorang layak dibuat suami agaknya.

“Ya, kita akan tahu perangai sebenar dia bila kita kawin dengan dia. Sama ada dia penyayang ke, penyabar ke, panas baran ke. Senang je, Zulaika. Nak selamat, kita Tanya orang terdekat  dengan si dia tentang perangai dia jenis macam mana. Contohnya, adik beradik dia, ibu bapa dia, kawan dia. Haa, gitu.”

“Hm. Nampaknya aku kena kenal dengan adik dia dulu. Baru plan aku berhasil!” Ligat sungguh Zulaika memikirkan soal masa hadapannya yang tak pasti.

“Amboi, zulaika! Kau nak lamar siapa? Zahin? wafiq? khai?  Shafiq? Nazar? Udin? Zaqwan? Aiman? Dolah? Atau.. kamal? Haha.”

Cukup 10 orang nama crushnya disenaraikan. Berdekah-dekah mereka ketawa. Zulaika pun tersengih-sengih tersipu malu.

“Tak kesah la siapa antara mereka yang bertuah gila dapat aku. Yang penting, dia jaga solat, dia hormat perempuan. Senang cerita, lelaki yang soleh! Bila dia beragama, InsyaAllah senang la dia nak pimpin aku ke syurga.”

“Nak pasangan yang soleh, kena jadi orang yang solehah dulu. Allah kan ada sebut dalam Al-quran yang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitulah sebaiknya.”

Sambung Ainul bagi melengkapkan perbualan mereka. Bulat mata balqis memandang Ainul.

“Eh, kau dengan Aliff apa cerita?” Keadaan tiba-tiba bertukar serius.

“macam tu la..”

“macam tu macam apa?”

Kedua-dua bahu Ainul diangkat-angkat. Hanya senyuman tawar yang dihadiahkan kepada 3 rakannya itu.

“Comel tak?” soal Ainul.

Ainul sedang memperbetulkan kedutan-kedutan di tudung yang baru dipakainya. Tudung lama yang dia gunakan semasa tingkatan satu masih nampak baru. Tudung labuh itu hanya sempat dipakai seminggu sahaja kerana Ainul tidak sanggup memakainya dengan alasan panas.

“Comel la akak! Macam ustazah Tiya!” teruja fatiya ketika melihat kakaknya di hadapan cermin.

“Tetapi, tiya lagi comel.. hehe.” Sambungnya. Kecil-kecil lagi sudah pandai memuji diri sendiri. Terpengaruh dengan kakaknya mungkin.

Ainul mencadang untuk memakai tudung itu untuk keesokan hari. Apabila sentiasa berjalan bersama Khadijah, Balqis dan Zulaika yang sudah bertudung labuh. Terasa rendah diri pula dia. Tudung labuh vs tudung senteng.

“Tadaa..” beberapa pasang sarung tangan ditunjukkan kepada adiknya. Berwarna warni! Sepantas kilat Fatiya membuka plastik yang membaluti sarung tangan itu sebelum memakainya.

“Akak baru beli ni. Sepasang, RM9. Mahal kan?”

“Mahal! Sebab aurat kita mahal kan?”

“Ya, aurat kita mahal sebab Syurga itu mahal.”

Fatiya tersenyum dan berkata “ Hm, kalau tiya pergi dulu. Tiya terus masuk syurga kan? Tak dihisabkan?”

“ish, apa ni. Tiba-tiba cakap pasal mati. Tiya baru 7 tahun kan. Perjalanan hidup Tiya masih jauh..”

“Mati tak kenal usia kan? Kalau sebentar lagi tiya pergi dulu pun takpa. Tiya nak jumpa arwah ayah, arwah nenek, arwah atuk..”

“Akak pun rindukan mereka. Yang hidup kena teruskan kehidupan, sayang.”

Air mata yang tiba-tiba mengalir diseka. Teringat kata-kata arwah ayah nya dulu

“Kalau ainul betul-betul sayangkan ayah, tolong lah pakai tudung. Jadi anak yang solehah. Ayah takut tak dapat bimbing kamu semua ke arah jalan yang lurus. Ayah takut masuk neraka.”

Ainul sedang tekun mengulangkaji untuk saat-saat terakhir sebelum percubaan SPM. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Ada satu pesanan ringkas yang masuk. Nama ‘sayang’ yang sebelum ini disave di telefon bimbitnya itu telah ditukar menjadi ‘Aliff’.

“Hari ini awak pakai tudung labuh. Comel!”

Isi pesanan ringkas dari Aliff ini membuat Ainul Mardhiah tersenyum riang.

“Alhamdulillah. Dapat juga saya bertudung labuh..” Butang hantar ditekan.

“Awak. Awak dah berubah ke?”

“Bukan berubah. Cuma kembali pada fitrah.’

“Fitrah? Eh, awak. Kalau dating nanti jangan pakai tudung labuh tau. Kolot! Lagipun takut mencemar imej gadis bertudung labuh yang lain saja. Okey?”

“Fitrah manusia adalah menyukai kebaikan. Hm, kolot ke? Okey, saya akan fikirkan pasal tu.”

“Takda lah kolot mana. Hm, entah la awak. Alim sangat kot. Tak trendy pula tu. Awak tengah study ke, sayang?”

Ayu menghela nafas panjang. Terkilan juga apabila kekasih hatinya berkata sedemikian.

“Aliff, awak tak gembira ke saya dah berubah? Dah hijrah? Awak tak nak isteri yang solehah ke? Kan awak pernah cakap dulu. Ya, saya tengah study.”

“Tiba-tiba awak cakap pasal kawin ni kenapa? Bila masa pula saya cakap? Pandai-pandai saja.”

“Dulu cakap lain. Sekarang cakap lain. Apa ni? Bye :( “

“Merajuk pula kau ni. Eh, Ingat aku kesah ke? Dah hijrah, buat cara hijrah. Tak perlu nak merajuk bagai. K.”

Panas sahaja hatinya rasa. Butiran air jernih mengalir di pipi merahnya tanpa disangka-sangka. Telefon bimbitnya terus dicampak ke katil. Buku yang dibaca sebentar tadi terus ditutup. Mood belajarnya terus hilang.

Ayu melihat wajahnya dicermin. Baru semalam wajahnya berseri-seri menyarung tudung labuh. Rakan-rakannya ramai yang suka dengan perubahannya. Tetapi tidak pada hari ini. Hilang keserian wajahnya.

“Menangis lagi! Mata dah sembab! Dah tak comel. Huh.” Getusnya dengan marah bercampur menyesal. Pada hari berikutnya itu, Ainul menerima beberapa pesanan ringkas setelah seharian telefon bimbitnya dimatikan.

“Sorry. Saya kasar dengan awak..”

“Sorry seribu kali sorry, sayang..”

“Balas la…”

“I miss you..”

“Ainul Mardhiah, I love you. Yang ikhlas, Aliff.”

Ainul terfikir sama ada dia perlu gembira atau tidak saat menerima semua pesanan ringkas itu.

“Esok petang kita jumpa tempat biasa.” Balas ainul. Tidak sampai 3 minit, Aliff memberi tindak balas. “Okey, sayang! Jangan merajuk lagi tau.”



“Kita putus..”

“What? You kidding me? No, no sayang. Jangan macam ni.”

Tangan seorang lelaki yang berurat-urat cuba mencapai tangan Ainul tanpa rasa bersalah.

“Jangan sentuh saya!”

“Sejak bila saya tak boleh pegang tangan awak, Ainul?”

Ainul berpeluk tubuh. Aliff hanya menampakkan wajah yang kerisauan.

“Haram la, Aliff. Tolong la faham.”

“Sejak bila awak tahu halal dan haram?”

“Hormat Ainul, please.”

“Macam mana saya nak hormat awak bila awak sendiri tak hormat diri awak, sayang?”

Aliff masih tidak putus-putus bertanya.

“Maksud awak?”  Ainul memandang Aliff dengan pandangan yang tajam.

“Selama ni, awak tak kesah pun orang pegang tangan awak. Orang bertepuk tampar dengan awak. Awak tak kesah orang tengok aurat awak. Hm, sorry. Saya terlalu jujur..” Terang Aliff panjang lebar.

“Sebab Ainul jahil..”

“Saya ada sayang. Saya boleh bimbing awak. Till jannah.”

“Till jannah? How? Dengan couple?” Terkedu Aliff mendengar setiap butir perkataan yang diucapkan oleh jantung hatinya itu.

“3 tahun sayang. 3 tahun kita couple. Tak kan awak nak tinggalkan saya selepas 3 tahun?” Wajah Ainul ditenung lama. Hatinya hancur apabila Ainul meminta untuk putus.

“Kawan. Better kan?”

“No. saya nak lebih daripada kawan.”

“Lebih daripada kawan? Boleh. 7 tahun lagi. Awak jumpa ibu saya. Kita bina hubungan yang halal.” Dengan rasa yang berat hati, Ainul meninggalkan Aliff di pondok kayu itu. Aliff terpinga-pinga. Adakah hubungan dia dengan Ainul yang berdiri utuh selama 3 tahun itu akan berakhir begitu sahaja? Dia mengejar Ainul lalu menggenggam erat tangan gadis itu.

“I love you so much, sayang. Please, jangan buat saya macam ni..”

Rayu Aliff. Ainul mendongak memandang Aliff yang sudah berdiri di hadapannya. Rasa bersalah mengusai diri. Aliff atau Allah? Dia harus memilih.

Air jernih mengalir dari tubir mata Aliff tanpa diduga.

“Aliff, awak nangis ke?” Ainul mulai risau.

“Awak dah tak sayangkan saya kan?”

“Maafkan saya, awak. Saya nak hubungan yang halal. Hubungan yang diredhai Allah. Assalamualaikum, Aliff.”

“Ainul!” jeritan Aliff hanya sia-sia. Ainul tidak menyahut. Bayangan Ainul hilang begitu sahaja.

“Apa salah aku, ya Allah?” keluh Aliff. Sisa air matanya diseka.



“Dah, jangan nangis Ainul. Kau dah buat keputusan. Mungkin ini memang terbaik untuk kau dan Aliff.” Pujuk Zulaika. Merah betul mata Ainul akibat terlalu banyak menangis.

“Aku sayangkan dia. Tetapi, aku tak nak dia terus dapat dosa sebab aku. Aku takut dia lalai sebab aku. Aku takut dia asyik ingat aku sampai dia lupakan Allah. Sedangkan aku? Aku selalu fikirkan tentang dia hingga aku lupa pada Dia. Sedangkan Dia selalu ingat pada aku. Sentiasa ada dengan aku..”

“Kau menyesal ke tinggalkan dia?”

“Aku tak tinggalkan dia. Aku minta Allah jaga. Biar aku dan dia kejar cinta Allah dulu. Kalau memang dia untuk aku, kami pasti akan tetap bersama. Aku percaya dengan Allah.”



Sudah dua bulan Ainul berpisah dengan Aliff. Setiap kali mereka terserempak, Aliff akan memandang Ainul dengan pandangan yang tajam. Pandangan yang penuh ketidakpuashatian.

“Ainul!” Ainul baru mencadang untuk mengelakkan diri tetapi gagal. Hanya ada satu laluan di situ. Di situ hanya mereka berdua.

“Kenapa awak tak nak pandang saya, Ainul? Kalau awak pandang saya, boleh melting ke?”

Sudah lama Aliff memendam. Soalan yang sudah lama bermain-main difikirannya Berjaya juga ditanya. Ainul menggelengkan kepala.

“Tak, saya jaga pandangan..” Panas telinga Aliff mendengarnya.

“Jangan la hipokrit sangat.” Nah! Puas hati Aliff dapat menghinanya, Biar Ainul sedar yang perubahannya hanya lakonan semata-mata. Ainul tersenyum manis. Sakit dan perit hatinya hanya Allah yang tahu.

“Hipokrit atau tak, biar Allah yang menilai. Orang yang berbuat jahat sedangkan Allah terlalu baik dekat dia. Haa, itu baru hipokrit. Hipokrit dengan Allah.”

“Ceramah pula! Dah la. Bye, ahli syurga.”

Hanya lemparan senyuman yang mampu Ainul balas. Ujian itu pahit kerana ganjarannya manis. Syurga Allah, tunggu aku!

“Seminggu lagi SPM. Ainul dah bersedia?” soal ibunya sambil melilau-lilau matanya melihat nota-nota yang ditampal di dinding.

“InsyaAllah..”

“Tidur awal. Jangan asyik tidur lewat saja. Study, study juga. Kesihatan tetap kena jaga.” Pesan ibunya yang risau melihat dia tidur tidak kena dengan waktu. Ainul lebih suka berjaga malam. Kadang-kadang, dalam sehari dia akan tidur 3 jam sahaja. Ibunya memegang dahi Ainul. Panas!

“Kan dah demam. Makan ubat.” Ainul mengangguk dengan bibir yang masih mengukir senyuman.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Tenang hatinya dapat melakukan solat sunat taubat, solat sunat tahajjud dan solat sunat hajat.

“Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah dosaku, dosa kedua-dua ibu bapaku, dosa rakan-rakanku, dosa guru-guruku, dosa orang yang aku sayang, dosa orang yang selalu mendoakan aku, dosa semua muslim dan muslimat. Ampunilah dosa kami yang kecil, dosa kami yang besar. Ampunilah dosa kami yang lalu, dosa kami yang akan datang. Ampunilah dosa kami yang sengaja kami lakukan dan dosa yang tidak sengaja kami lakukan. Aamiin..”

Pipinya basah dengan air mata taubat.  Teringat dia akan dosa-dosanya. Banyak. Sedangkan hati ini sangat merindukan syurga.  Dia gembira dapat dating dengan Allah.  Dan hatinya sangat tenang. Dari tadi dia asyik terbatuk-batuk saja. Namun, bacaan Al-Quran tetap diteruskan.

“Ainul! Bangun! Sudah pukul 6 lebih. Tak nak sarapan ke?”

Pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Puas ibunya memanggil. Tetapi, tidak disahut. Nasib baik biliknya tidak berkunci!

“Sayang..?”

Ainul Mardhiah lengkap bertelekung. Al-Quran dalam dakapannya. Tasbih di tangan kanannya. Dia terbaring kaku di atas sejadah. Sisa air matanya masih ada. Mukanya pucat!

“Ainul! Bangun, ainul..”

Hati ibunya berasa sangat resah. Laju jantungnya berdegup. Lekas dia menggoncangkan badan Ainul dengan harapan dia akan bangun. Ainul berada dalam dakapannya. Ya, Ainul sudah berhenti bernafas..

“Allahu akhbar! Ainul! Jangan buat ibu macam ni. Bangun, sayang..”

Air matanya mengalir seperti hujan lebat. Dikucup dahi anaknya itu beberapa kali.

“Kenapa akak senyum? Akak tengah tidur kan, ibu?”

Soal Tiya yang sudah bersiap untuk ke sekolah.

“Kak ainul sudah tiada, Tiya.. “

2 Patah perkataan. “Sudah tiada.” Yang membuat hatinya hancur. Tiya terus mendakap Ainul dan ibunya seerat mungkin.

“Kenapa akak pergi dulu? Patutnya Tiya pergi dulu. Siapa nak jaga ibu kalau bukan akak? Tiya kecil lagi, Tiya tak reti. Kasi la Tiya jumpa arwah ayah, arwah nenek dan arwah atuk dulu.. Biar la Tiya tunggu dekat pintu syurga dulu..” Panjang lebar keluhan si cilik ini. Bajunya basah. Basah dengan air mata.



“Assalamualaikum kepada semua pelajar dan guru. Hari ini kita kehilangan seorang pelajar dari kelas 5 Ikhsan………. Ainul Mardhiah Binti Muhammad.”

Bicara cikgu Aina yang disertai dengan tangisan mampu membuat ramai yang sakit jantung!

Semua pelajar saling berpandangan antara satu sama lain.  Khabar yang sangat sukar dipercayai.

“Ainul? Biar betul?”

“Oh, Ainul yang cantik tu ke?”

“Ainul yang putih tu ke?”

“Eh, arwah sakit apa?”

Pelbagai soalan yang diutarakan. Suasana menjadi gamat seketika. Zulaika, Balqis, dan Khadijah yang tidak tahu apa-apa tidak mampu berkata-kata. Hanya air mata yang berbicara. Mereka saling berpelukan.

Kenapa cepat sangat kau pergi, Ainul !?

Tiba-tiba Aliff datang menghampiri mereka. Matanya merah.

“Apa ni? Kenapa tak bagitahu aku yang dia sakit?”

“Aliff, kami tak tau langsung yang dia sakit..” Balas Zulaika tanpa memandang muka Aliff.

“Aku sayang dia lagi. Tahu tak?” Terasa seperti sebilah pisau tajam yang menikam-nikam dirinya. Pedih!

“Kami pun sayang dia! Yang kau layan dia macam sampah kenapa? Kau tahu kan dia baru kehilangan ayah dia? Kau tahu kan dia satu-satunya harapan ibu dia? Kau tahu kan dia orang susah? Banyak ujian yang dia kena tempuh, tahu tak? Dia sudah berubah pun, kau anggap dia macam orang asing. Sebab dia tinggalkan kau kan? Biar lah dia kejar cinta Allah dulu..”

Balqis meluahkan segalanya sambil tangan yang asyik-asyik menghapuskan air matanya. Terkedu Aliff mendengarnya.

“Hmm,  Aku tak rasa dia masih ada perasaan kat aku. Dia pernah katakan aku suatu ayat dekat aku. Ayat terakhir dari dia. Tetapi, aku tak tahu apa maksud dia.”

“Apa dia?”

“Uhibbuka Fillah Abadan abada..”

“Dia sayangkan kau kerana Allah, selama-lamanya..”

Terduduk Aliff dibuatnya. Kaki dia lemah.

“Apa aku dah buat ni?

Aku layan kau dengan teruk, Ainul..

Maafkan aku.. “

Cinta. Cinta itu anugerah. Dapatkan cinta Pencipta dahulu sebelum mencintai ciptaan-Nya. Kadang-kadang kehadiran seseorang itu Allah nak uji. Sama ada kita lebihkan dia atau Dia. Allah yang hadirkan dia dalam hidup kita. Dan Allah boleh tarik dia dalam kehidupan kita.

Berubah itu mudah. Tetapi, istiqamah itu sangat payah. Hati yang tabah dan iman yang kuat diperlukan dalam penghijrahan. Kerana banyak duri tajam yang perlu dilalui sehingga kaki Berjaya menjejaki Syurga Allah. Saat ini kita kenal, siapa kawan dan siapa lawan. Pesan pada hati, “Kerana Allah, aku harus kuat!”

"Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah"


( Al-Muddatsir ; 74: Ayat 7)

Popular Post

Laman